Thursday, July 14, 2011

9 sebab mengapa hubungan tidak mampu bertahan

#MENIPU#
menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan' sebuah perhubungan,namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

#HARAPAN/KEBEBASAN#
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannnya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan,tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuat perhubungan tersekat.

#TERLALU MEMIKIRKAN ASPEK PERKAHWINAN#
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu di isi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius. Tapi sesetengah wanita yang baru sahaja berkenalan terus mengharap ia akan berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini,perhubungan boleh menjadi putus.

#MENGUNGKIT HAL YANG LALU#
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan,jangan mengungkit kisah yang lalu kalau kamu sayangkan hubungan. Yang lepas tu biarlah lepas dan jangan dikenang kembali.

#BERBEZA PENDAPAT#
Dalam menjalin sebuah perhubungan,perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat tunaikan hanya kerana pasangan tidak dapat mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

#STATUS YANG TINGGI#
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja. Yang si dia tu hebat sangat ke?

#HAL YANG MENYAKITKAN HATI#
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal yang bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi,hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama. Lebih teruk jika tiada "chemistry"di antara kamu dan dia.

#KEHIDUPAN YANG SANGAT MENDESAK#
Ada sesetengah pasangan suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat perkara hingga ia menyakitkan hati kekasihnya. Kehidupan yang sangat mendesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

#KAWAN-KAWAN & KELUARGA#
Tidak mustahil,kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka,orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai kamu. Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan.








No comments:

Post a Comment